Nuffnang Ads

Monday, November 15, 2010

Zahid oh Zaid

'Ex-candidate for PKR No. 2 post says he's had enough'


The Star Online hari ini menyiarkan laporan eksklusif mengenai Datuk Zaid Ibrahim yang akhirnya mengumumkan keputusan untuk keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas beberapa hari memutuskan untuk meletak jawatan dalam parti serta mengundurkan diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR.

ZAID IBRAHIM

Kita sesungguhnya berasa simpati dengan perjalanan politik seorang peguam ternama seperti beliau. Jatuh bangunnya dalam arena politik tanah air akan menjadi satu lagi sejarah selepas beberapa kali terlibat dalam kancah kontroversi baik ketika beliau berada dalam UMNO mahupun semasa di dalam PKR.

Namun saya penuh percaya, walaupun hanya beliau sendiri yang lebih mengetahui. Sepak terajang politik di dalam UMNO dan Barisan Nasional jauh lebih baik daripada politik tikam menikam yang berlaku dalam PKR.

Malah Zaid tentu sedar bahawa dalam keadaan PKR yang baru berkuasa di Selangor dan menjadi kuda tunggangan DAP di Pulau Pinang telah bertukar sikap daripada sebuah parti yang begitu idealisme dengan slogan perjuangan menegakkan keadilan, demokrasi dan hak rakyat kepada sebuah parti yang tunggang-langgang apabila pemimpinnya saling berebut kuasa kepimpinan.

Bagaimana agaknya jika Parti Keadilan Rakyat dapat menguasai Putrajaya seperti yang dimimpikan sebelum ini dan diuar-uarkan kepada ahli dan penyokong mereka di sana-sini. Sukar untuk dibayangkan apa yang akan berlaku suatu masa nanti.

Apa yang pasti, Zaid telah menjadi mangsa keadaan. Perjalanan politik beliau dengan obor-obor untuk membawa perubahan masa depan kepada perjalanan dan perjuangan PKR akhirnya terpadam begitu sahaja. Zaid terlalu naif untuk berada dalam PKR - sebuah parti yang sememangnya diketahui umum untuk memperjuangan seorang individu bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jadi, jika ada ahli atau kepimpinan parti yang berhasrat menjauhkan atau mengeluarkan Anwar daripada PKR tentu sekali dia perlu dikeluarkan terlebih dahulu.

Walaubagaimana pun, apa yang berlaku ke atas Zaid telah membuka mata banyak pihak khususnya golongan fanatik PKR yang sudah mula berani mengkritik perjalanan dan pengurusan politik PKR. Kritikan, bantahan, desakan malah demonstrasi dilakukan secara terbuka sehingga Jawatankuasa Disiplin PKR tidak mempunyai cukup fail untuk mengambil tindakan terhadap ahli yang melanggar etika parti ketika ini.

Kita tertunggu-tunggu apa episod baru yang akan berlaku kepada PKR esok.











 

No comments:

Post a Comment