Nuffnang Ads

Saturday, June 4, 2011

Apa nak jadi dengan pemimpin Pas

Nota penulis: Kalau golongan ulama yang menyokong perjuangan UMNO dan BN dicap sebagai syaitan bisu, bagaimana pula dengan ulama Pas yang melihat segala salah laku, rasuah, maksiat, judi dan sebagainya di bawah kerajaan pakatan rakyat. Jangan pandai menunding jari pada orang lain sahaja.

Perasmian muktamar jadi pentas kecam pihak tak sehaluan PAS

KUALA LUMPUR: Perasmian Muktamar Tahunan PAS Ke-57, semalam dijadikan pentas untuk terus mengecam dan menyelar golongan ulama yang menyokong perjuangan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Malah istilah ‘syaitan bisu’ kembali dilaungkan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di hadapan pemerhati dan perwakilan yang memenuhi Dewan Dato Fadhil Noor, Kolej Universiti Islam Zuklifli Mohammad (KUIZM), Taman Melewar, Gombak, di sini.

“Anggota Dewan Ulama mesti berdepan ulama yang berdiam diri yang sanggup menjadi syaitan bisu melihat kemungkaran di depan mata, pada hal sekurang-kurangnya mampu mencegah dengan lisan dan tulisan,” katanya dalam ucapan dasar bertemakan Membangun Negara Berkebajikan.

Hadir sama Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat; Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Abdul Hadi berkata, ulama ialah pemimpin masyarakat paling berpengaruh dalam masyarakat Islam tetapi ramai yang tidak berpijak dengan feqah politik Islam kerana menyokong UMNO dan BN.

Beliau menyalahkan sistem pendidikan Islam yang disifatkan lemah sehingga melahirkan ulama yang menyokong parti Melayu terbesar itu disebabkan gagal menterjemah kefahaman Islam dengan ilmu mereka dalam memahami politik semasa tanpa memahami sejarah, senario kelahiran mazhab, kumpulan yang bercanggah dengan akidah dan syariat Islam.

“Golongan ini juga akhirnya gagal memahami ideologi dan teori moden yang bercanggah dengan Islam sehingga terperangkap di dalamnya, menjadikan mereka berilmu tetapi tidak feqah (faham) lantas gagal menunjukkan jalan kepada mereka.

“Ada juga ulama di luar sana yang tidak memahami kewajipan berjemaah dan menyertai jemaah yang memenuhi ciri parti yang menegakkan ajaran Allah yang meneruskan pusaka Rasul yang berdakwah dan berpolitik,” katanya. - Berita Harian 4 Jun

No comments:

Post a Comment