KHALID IBRAHIM |
Keputusan drastik itu diumumkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada sidang akhbar di luar lobi Dewan ketika sesi perbahasan draf undang-undang masih lagi berlangsung.
Abdul Khalid berkata, pihaknya tidak mungkin berjaya membuat pindaan selepas mendengar reaksi semua ADUN daripada Barisan Nasional (BN) yang menolak cadangan berkenaan.
Inilah yang dikatakan BODOH dan BEBAL, kerana kalau sudah tahu akan gagal mendapat sokongan mengapa diteruskan juga. Malah, tindakan itu tidak lain tidak bukan hanya sekadar mahu menjadikan ADUN BN sebagai kambing hitam seolah-olah mereka golongan yang tidak menghormati atau dengan kata lain menderhaka kepada Sultan Selangor.
Malangnya, mereka sekadar cuba membodohkan rakyat dengan taktik dan helah sebegitu kerana sebelum ini terlalu banyak berita mengenai sikap pemimpin parti Pakatan Rakyat yang tidak menghormati Sultan dan Raja-Raja Melayu.
Maka jadilah drama usul meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor sebagai salah satu strategi menutup kelemahan kepimpinan Pakatan Rakyat terutama kelemahan Khalid yang bergelut dengan perpecahan dan cubaan menyingkirkan beliau sebagai Menteri Besar.
Ketua Pembangkang, Datuk Dr. Mohamad Satim Diman dipetik bagi mengulas sidang DUN berkenaan menyifatkan kerajaan negeri 'terperangkap' dengan strategi politik mereka sendiri.
"Kita melihat bahawa usul pindaan ini merupakan satu taktik politik hanya kerana mahukan kuasa kepada Menteri Besar dalam melantik tiga pegawai eksekutif negeri, bukannya mengembalikan kuasa kepada Sultan Selangor.
"Maka sebab itu kita (Barisan Nasional) tolak usul pindaan ini. Kita lihat sendiri bagaimana hipokrasi kerajaan negeri dalam isu pindaan ini, mereka terperangkap dengan taktik politik mereka sendiri," katanya.
Ternyata apa yang dilakukan oleh Khalid bukan sahaja cuba memperbodohkan rakyat tetapi membodohkan diri sendiri di kalangan penyokong, ahli dan pemimpin Pakatan Rakyat. Akhirnya nanti, Khalid dilihat gagal memerintah dan mempunyai masalah dengan pihak Istana Selangor dan wajar digantikan dengan pemimpin Pakatan Rakyat lain.
Kasihan dia.
No comments:
Post a Comment