Nuffnang Ads

Friday, February 25, 2011

KPI Anwar ulang-alik ke luar negara

 

PETUNJUK Prestasi Utama (KPI) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penasihat Ekonomi Selangor mungkin boleh diukur melalui kekerapan beliau berulang-alik ke luar negara.

Mengungkapkan perkara itu secara sindiran, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, tindakan Penasihat PKR itu telah menepati tugasnya yang mungkin membawa pulang wang berbilion ringgit secara rahsia untuk Selangor.

Katanya, ia sekali gus bertepatan dengan KPI umum parti itu yang bersifat kerahsiaan dan tidak telus serta berubah-ubah mengikut kehendak ketuanya.

"Cabaran Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong kepada PKR untuk menetapkan KPI tertentu terhadap Anwar adalah wajar memandangkan selama ini tidak pernah didedahkan hatta dibincangkan dalam kongres parti.

"Ahli parti hanya menerimanya bulat-bulat dan tidak boleh dipersoalkan, sekiranya berbuat demikian mereka akan disingkirkan,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Selain KPI sebagai pemimpin, Choo Keong turut mencabar Anwar menjalani proses KPI sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.

Ini berikutan KPI yang dilaksanakan dalam PKR bersifat tidak telus dan penuh kerahsiaan hingga satu peringkat keputusannya boleh berubah mengikut kehendak Penasihatnya.

Sehubungan itu, Anuar berkata, sudah tiba masanya rakyat termasuk ahli PKR menilai sendiri kredibiliti parti itu berdasarkan bukti-bukti yang didedahkan.

"Pelantikan Anwar sebagai Ketua Umum tanpa proses pemilihan sepatutnya boleh dipersoalkan, bagaimana seseorang yang tidak ada jawatan dalam parti boleh menjadi ketua.

"Terlalu banyak kepincangan dalam PKR tetapi tidak pernah diambil peduli oleh pemimpinnya sekiranya disuarakan oleh ahli,'' katanya. - Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment