Nuffnang Ads

Sunday, November 20, 2011

MyVoice menentang fitnah


KUALA LUMPUR  — Kelab sukarelawan Media Sosial 1Malaysia (MyVoice) mengumpulkan lebih 2,000 pengamal media sosial seluruh negara dilancarkan hari ini dalam mengintegrasikan perjuangan menentang kepalsuan dan pembohongan pihak pembangkang di alam maya.

MyVoice dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis konvensyen Media Sosial 1Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Pengerusi konvensyen, Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin berkata, penyertaan dalam MyVoice terbuka kepada semua pengamal media sosial yang menolak politik fitnah dan menyokong politik berasaskan maklumat dan fakta sebenar.

"Pengamal media sosial yang menyertai MyVoice ini bermula daripada kalangan akar umbi hinggalah kepada blogger-blogger terkenal yang akan menjawab segala tohmahan dilemparkan pembangkang melalui blog, Facebook, Twitter dan sebagainya," katanya kepada Bernama.

Mohd Sharkar berkata walaupun kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha untuk memakmur dan memajukan negara, namun segala usaha tersebut terganggu dan terhalang akibat fitnah dan permainan politik yang melampaui batas.

"Kita menghormati sifat keterbukaan internet tetapi perlu ada lebih banyak informasi serta agenda positif di dalamnya," katanya.

Mohd Sharkar berkata MyVoice akan mempromosikan agenda transformasi politik dan ekonomi yang telah dan sedang dilaksanakan kerajaan.

No comments:

Post a Comment