Nuffnang Ads

Tuesday, March 22, 2011

Video seks yang penuh persoalan

NEGARA digemparkan sekali lagi dengan pendedahan video seks yang dikatakan 'dilakonkan' oleh seorang pemimpin parti pembangkang dengan seorang pelacur Cina.

Selepas kegemparan itu maka berlakulah penafian, tuduh menuduh, kutuk mengutuk, tunding-menunding antara satu sama lain. Paling banyak ialah tuduhan bahawa video itu ciptaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) bagi menyekat peluang Pakatan Rakyat berkempen pada pilihan raya negeri Sarawak yang dijadual berlangsung pada bulan April ini.

Namun usah dilupa, mungkin juga pendedahan video ini dilakukan oleh juak-juak parti pembangkang bagi menarik simpati terhadap pemimpin utama Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akhir-akhir ini ditekan dengan isu DNA pada perbicaraan kes liwat yang dihadapinya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Apa pun, pendedahan video seks itu sepatutnya perlu dilakukan mengikut undang-undang dan perlembagaan. Polis perlu bertindak menjalankan siasatan dan pakar-pakar video dan visual perlu tampil memberi keterangan sama ada gambar yang didedahkan itu palsu atau cuma janaan grafik komputer.

Begitu juga dengan orang yang didakwa sebagai pelakon kepada video berkenaan bukan sahaja perlu tampil dengan penafian yang bersaksikan ahli keluarga kerana sukar untuk diberikan markah kebolehpercayaan jika bersaksikan isteri dan anak-anak atau saudara-mara dan kakitangan.

Sebaliknya, mereka yang berasa teraniaya segera tampil dengan cara dan jalan paling mudah dengan melakukan sumpah laknat kerana lebih diyakini oleh umat Islam seperti mana yang dilakukan oleh mangsa liwat Saiful Bukhari Azlan beberapa tahun lalu.

Tidak perlu menunggu lama atau berbelit-belit mengutarakan hujah dengan menunding jari kepada pihak itu dan ini kerana untuk melakukan konspirasi menjatuhkan seseorang bukan suatu kerja yang mudah.

Sebab itu, kita menunggu sekali lagi Anwar melakukan sumpah laknat bagi membersihkan sekali lagi dan sekali lagi apa yang didakwanya itu konspirasi...

No comments:

Post a Comment