Nuffnang Ads

Friday, April 1, 2011

Video seks tulen

RAKAMAN VIDEO SEKS TULEN : KPN


KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) — Rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang pembangkang telah disahkan ketulennya oleh pakar tempatan yang melakukan pemeriksaan terhadap video berkenaan, kata Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar.

Beliau berkata siasatan kini dalam peringkat akhir oleh pasukan khas yang ditubuhkan di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bagi menyiasat rakaman video seks berkenaan.
"Dengan ini diumumkan bahawa siasatan (video) kini di tahap terakhir...ini bermakna polis telah menerima laporan pakar mengenai kesahihan video itu. Dengan kata lain, rakaman itu adalah tulen," katanya pada sidang media tergempar di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini hari ini.
Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan identiti pelaku dalam video seks terbabit.
Ismail berkata kertas siasatan berhubung kes itu akan dihantar ke Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat untuk tindakan selanjutnya.

Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan identiti ketiga-tiga individu tersebut namun memberitahu polis akan memanggil sesiapa sahaja yang boleh membantu siasatan berkaitan kes itu.

No comments:

Post a Comment