Nuffnang Ads

Saturday, November 27, 2010

Berapakah kalori kita makan sehari?

MENGIKUT fakta setiap 8,000 kalori yang terkumpul dalam badan kita dan tidak dibakar melalui proses senaman atau aktiviti fizikal yang lain, maka berat badan kita akan naik sebanyak satu kilogram.




Tetapi berapakah sebenarnya kalori yang kita makan sehari? Berikut adalah kandungan kalori dalam makanan:

  • Nasi putih (satu setengah cawan).... 260 kalori
  • Nasi lemak bersambal (sepinggan).... 400 kalori
  • Nasi goreng bertelur (sepinggan)... 635 kalori
  • Mi goreng (sepinggan)... 660 kalori
  • Sepotong ayam goreng... 255 kalori
  • Sebiji telur goreng... 110 kalori
  • Seekor ikan kembung goreng... 140 kalori
  • Sambal udang (setengah cawan)...70 kalori
  • Kuih lapis (sekeping)... 130 kalori
  • Bingka ubi (sekeping)... 220 kalori
  • Popia goreng (satu)... 130 kalori
  • Karipap (satu) 130 kalori
Jika anda ingin sihat kiralah berapa kalori yang kita makan sehari. Selamat menjalani hidup sihat.
Berikut pula beberapa langkah yang boleh kita lakukan untuk membakar semula kalori dalam badan:
·         Mengemas rumah (setengah jam).... 240 kalori
·         Berkebun (menyiram pokok dan membersih halaman).... 250 kalori
·         Berbasikal statik (setengah jam)... 380 kalori
·         Berlari atas treadmill  (40 minit)... 500 kalori
·         Berlari laju (setengah jam).... 700 kalori
·         Bermain badminton (setengah jam) ... 760 kalori
·         Naik turun tangga (3 km sejam/setengah jam)...  800 kalori
·         Berjalan kaki dengan kelajuan sederhana (setengah jam)... 280 kalori
Lain-lain aktiviti (setengah jam) seperti:
·         Aerobik  (405 kalori)
·         Bermain ping pong (280 kalori)
·         Bermain golf  dengan buggy  (180 kalori)
·         Bermain golf tanpa buggy ( 240 kalori)
·         Berenang dengan kelajuan maksima ( 500 kalori)
·         Berkuda ( 428 kalori)

No comments:

Post a Comment