SUATU yang agak menarik pada sidang Dewan Rakyat pada Selasa, 30 November ialah usaha wakil rakyat Pas untuk memotong gaji Menteri Kabinet.
Usul memotong gaji sebanyak RM10 Menteri Tenaga, Teknologi Hijau and Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim itu bagaimanapun gagal kerana kekurangan majoriti undi.
Usul tersebut yang sememangnya bertujuan memalu dan menghakis keyakinan rakyat kepada Barisan Nasional itu dilihat sebagai cubaan golongan yang bankrap idea kerana seolah-olah tiada isu untuk dibawa ke Parlimen bagi menonjolkan kredibiliti mereka kepada masyarakat umum.
Bagi kes Fah Kui, usul yang dikemukakan Dr. Dzulkefly Ahmad (Pas-Kuala Selangor) itu hanya kerana tidak berpuas hati dengan penggulungan usul oleh beliau.
Sementara kes Rais pula dibawa oleh Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena) kononnya Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai media rasmi kerajaan kerana tidak memberi liputan dan laporan tepat mengenai pembangkang, termasuk laporan berita semasa bencana banjir di Kedah serta persidangan Dewan Rakyat.
Rakyat hari ini sudah cerdik. Janganlah diperbodohkan lagi dengan lawak-lawak wakil rakyat yang langsung tidak boleh membawa kebaikan dan manfaat kepada rakyat.
Bawalah usul dan idea yang lebih bernas untuk sama-sama membina negara serta menyediakan masa depan yang lebih gemilang.
No comments:
Post a Comment