Nuffnang Ads

Monday, December 6, 2010

Cukup-cukuplah menyusahkan rakyat

ENTAH apa kejadah (maaf penulis agak beremosi) apabila terpaksa terpaksa berdepan dengan kesesakan lalu lintas yang cukup menyakitkan hati hari ini (Ahad, 5 Disember).

Ketenangan hari minggu yang sepatutnya menjadi satu-satu hari yang paling mendamaikan apabila berada di jalan raya bertukar menjadi pengalaman yang cukup menyiksakan. Apakan tidak apabila terpaksa melalui perjalanan berjam-jam lamanya hanya untuk menuju ke destinasi pada jarak 20 kilometer dan pada biasa pun cuma sekitar 45 minit.

Penulis bersama ribuan warga kota yang mungkin dalam perjalanan untuk ke Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2010) atau ke pameran Auto Show di PWTC atau menghadiri majlis-majlis perkahwinan tersadai di jalan raya begitu sahaja.

Puncanya cuma satu iaitu demonstrasi oleh sekumpulan manusia yang kononnya mahu menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung isu penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Selangor di hadapan Masjid Negara.

Kita agak pelik apabila sekumpulan manusia ini yang sebilangan mereka mendakwa terdiri daripada golongan pelajar institut pengajian tinggi berasa mereka ini golongan pejuang hak rakyat.
Pelik kerana mereka ini bukan sahaja langsung tidak cerdik dalam melakukan sesuatu tetapi juga bodoh dan terlalu bengap untuk memikirkan kesusahan ribuan rakyat ramai lain yang terlalu inginkan kedamaian di bumi bertuah ini.

Jika ingin menyerahkan memorandum, serahkanlah. Hantarlah seberapa banyak memorandum sekali pun. Berpuluh atau beribu memorandum, siapa pun tidak marah. Itu hak masing-masing untuk bertindak atas nama kepentingan si polan dan si polan.

Tetapi dengan mengadakan perhimpunan HARAM dan menyebabkan kesesakan lalu lintas, perniagaan terganggu, kedamaian dirobek-robek... jin di atas pokok cengal dekat Jalan Cendasari pun melenting.

Kita tahu bukan ramai sangat pun mereka yang menyertai perhimpunan haram itu. Jumlahnya kecil sahaja jika dibandingkan dengan hampir 15,000 orang menyertai acara Tarian Cuti-Cuti 1Malaysia di Dataran Merdeka pada sebelah pagi atau ribuan yang datang menyaksikan pameran Auto Show di PWTC.


Beginilah kekecohan yang berlaku di hadapan Masjid Negara yang sepatutnya menjadi pusat ibadah dan tempat umat Islam bersatu tetapi menjadi pusat demonstrasi oleh golongan bebal dan tidak bertanggungjawab. 

Malah umum juga tahu, niat sebenar penganjur demonstrasi itu bukan sekadar untuk menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong kerana memorandum itu boleh dihantar dengan penuh tertib dan adap sopan tanpa perlu menyusahkan orang lain.

Apa yang sebenar dimahukan oleh penganjur dan diikuti dengan penuh kebodohan oleh pengikut-pengikut yang pendek akal ialah perhatian daripada media asing kerana parti pembangkang sudah mula ketandusan isu untuk memburukkan negara.

Imej Malaysia dan kerajaan di bawah teraju Datuk Seri Najib Tun Razak semakin cemerlang berbanding dengan imej ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini berhempas pulas menyatukan ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mula hilang kepercayaan berikutan terlalu banyak penipuan dalam proses pemilihan baru-baru ini.

Akibat masalah dalaman parti yang kini menjurus kepada semakin ramai ahli dan penyokong PKR tampil mempersoalkan hala tuju parti itu kerana secara terang-terangkan tidak melaksanakan proses demokrasi dalam pemilihan pemimpin parti.

Jika kepimpinan PKR baik di peringkat ranting, cabang dan pusat yang menang baru-baru ini tanpa melalui sistem demokrasi bagaimana mereka mahu menjadi sebuah parti yang memerintah negara?.

Maka jadilah PKR dan semakin terserlah pada pandangan penyokong dan rakyat umum bahawa parti itu tidak lebih seperti ayam jantan yang berkokok lantang tetapi penuh dengan tahi dibontot.

Sebab itu, kepada pengikut yang menyertai perhimpunan demonstrasi di Masjid Negara adalah merupakan golongan bebal dan dipergunakan oleh penganjur perhimpunan.

Lebih malang ramai di kalangan mereka terpaksa berdepan dengan semburan pemedih mata, digari serta ada yang tidur di lokap.  Pemimpin mereka pula begitu lena tidur di banglo mewah masing-masing dan langsung tidak peduli dengan nasib 'pejuang-pejuang' bebal yang ditahan kerana menyertai perhimpunan haram.

Kepada mereka yang terlibat, sedar-sedarlah, rakyat ramai mahukan kedamaian. Jika mahu berjuang dan menjadi hero rakyat, banyak lagi cara yang lebih berhemah, terhormat dan dihormati oleh orang lain.

Cukup-cukuplah...

No comments:

Post a Comment