Nuffnang Ads

Tuesday, March 8, 2011

A Doctor in the House penuh kejutan


SEBAGAI pemimpin ulung Malaysia. Tun Dr. Mahathir Mohamad nampaknya tidak pernah kering dengan kejutan. Beliau bukan sahaja diingati sebagai pemimpin yang berani, bijak dan mempunyai pemikiran jauh ke hadapan tetapi juga penuh dengan kontroversi dan ringkasnya turut mempunyai daya sensasi yang tinggi.

Terbaru beliau melancarkan buku A Doctor in the House yang disifatkan sebagai salah satu catatan besar untuk tatapan rakyat Malaysia. Sebagai seorang pemimpin yang sudah bersara daripada perkhidmatan awam dan politik tanah air, Tun Mahathir tidak pernah berhenti untuk bekerja.

Meskipun belum lagi berkesempatan untuk membaca buku tersebut, tetapi penulis boleh memahami bahawa buku terbaru Tun Mahathir itu perlu dibaca oleh setiap orang bagi memahami pelbagai isu besar yang berlaku sepanjang beliau memimpin negara dan tentu sekali banyak perkara yang belum didedah atau terdedah kepada umum.

Apa pun penulis amat kagum dengan kewibawaan dan karisma Tun Mahathir kerana mampu terus menarik perhatian umum dengan pelbagai idea, pandangan mengenai isu-isu terkini. Pastinya ramai yang marah dengan buku terbaru itu, namun kita penuh yakin, apa yang diluahkan itu bukan sekadar untuk menarik perhatian. Apa lagi untuk meraih keuntungan (mileage) politik dan demi kepentingan diri sendiri.

Kita yakin. Semua itu untuk rakyat Malaysia. Rakyat yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan agama dan perlu hidup dengan penuh aman, harmoni dan saling bertolak ansur antara satu lain. Rakyat yang perlu mendepani segala unsur kejahatan yang sentiasa bersembunyi di sebalik hak dan kebebasan, demokrasi dan sebagainya. 

No comments:

Post a Comment