MENGAPA hukum halal haram berbeza antara Selangor dan Kelantan. Mungkin inilah yang dikatakan hukum halal haram ajaran parti Pas dan bukannya hukum ajaran Islam. Sebab itu Pas boleh bertukar-tukar fatwa sesuka hari mengikut selera pemimpin mereka.
Apa yang boleh digunakan bagi meraihkan sokongan dan undi kepada Pas, DAP dan PKR akan difatwakan halal tetapi haram kepada UMNO meskipun apa yang dilakukan demi kepentingan dan maslahat umum. Wallahulam.
Berikut petikan berita yang dilaporkan pada 10 Mac 2010.
SHAH ALAM — Kerajaan negeri Selangor yang diterajui oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak boleh menutup kedai yang menjual tiket loteri atau nombor ekor di negeri itu sebagaimana yang dilakukan oleh kerajaan PAS Kelantan.
Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata kerajaan negeri akan meminta pandangan alim ulama dan pengamal undang-undang terlebih dahulu sebelum membuat tindakan seperti itu.
Bagaimanapun 'keadaan di Selangor tidak boleh disamakan dengan di Kelantan', katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Hasan, yang juga Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, berkata orang Islam di Selangor diharamkan daripada membeli nombor ekor dan tiket loteri seperti yang termaktub dalam Enakmen Undang-Undang Islam kerajaan negeri.
Hasan berkata Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) juga boleh mengambil tindakan terhadap orang Islam yang berjudi, meminum arak atau pun melakukan maksiat di tempat terbuka. — BERNAMA
No comments:
Post a Comment