Saya terpanggil untuk menulis sedikit tentang perkara ini yang pada kebelakangan ini terlalu banyak digunakan salah pada tempatnya terutamanya di dalam cerita-cerita/drama-drama di dalam TV dan juga di dalam kehidupan seharian. Mari kita memahami maksud-maksud ayat di bawah:
- Masya-Allah – Allah Maha Agung
- Astaghfirullahhal’azim – Aku memohon keampunan Allah
- Subhan-Allah – Maha Suci Allah
- Nauzubillah – Kami memohon perlindungan Allah
Kebanyakkan yang saya perhatikan, menggunakan “Masya-Allah” ketika terlihat perkara-perkara maksiat terutamanya wanita-wanita yang tidak menutup aurat. Ini banyak berlaku di dalam TV. Sepatutnya, kita beristighfar (memohon keampunan Allah) "Astagfirrullahhalazim" iaitu apabila melihat perkara-perkara yang di tegah Allah.
Sementara Masya-Allah wajar disebut semasa kita menemui, melihat atau mendengar sesuatu yang luar biasa dan hebat kerana sesungguhnya apa yang hebat itu hanya datang daripada Allah dan bukan makhluk ciptaan-Nya.
Jika kita melalui/melihat sesuatu perkara yang menggembirakan kita ataupun perkara-perkara yang hebat lagi ajaib, maka sebutlah “Subhan-Allah”.
Wallahulam.
No comments:
Post a Comment