Nuffnang Ads

Wednesday, February 13, 2013

Siapa tipu siapa?


TIDAK ADA PENIPUAN OLEH UMNO, KATA DR MAHATHIR
  
   KUALA LUMPUR — Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tiada penipuan yang dilakukan oleh UMNO berhubung dakwaan bahawa Pas  telah ditipu oleh UMNO semasa parti itu berada dalam Barisan Nasional (BN).

Bekas Perdana Menteri itu berkata, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan telah menjelaskan kenapa Pas tidak boleh bersama UMNO dalam usaha untuk menyatupadukan orang Melayu.

“Katanya PAS telah ditipu oleh Umno semasa PAS berada dalam BN. Bagaimana Umno menipu PAS tidak dijelaskan dengan terang,” katanya dalam entri terbaharu dalam blog beliau di www.chedet.cc pada 13 Februari.

Katanya, perpecahan dalam Pas bukan kerana UMNO dan kekalahan parti itu pada pilihan raya negeri Kelantan pada Mac 1978 menyebabkan ia keluar daripada BN.

“Perpecahan dalam PAS bukan kerana UMNO tetapi kerana Datuk Mohd. Nasir (Menteri Besar Kelantan ketika itu) mencabar kepimpinan Datuk Asri Muda (Presiden Pas ketika itu). Kekalahan Pas menyebabkan Pas keluar daripada BN. Tidak ada penipuan oleh UMNO,” katanya.

Dr. Mahathir memberitahu, bahawa beliau adalah menteri dalam Kabinet Tun Hussein Onn ketika Pas keluar daripada BN, begitu juga berada dalam Kabinet Tun Abdul Razak Hussein bersama Datuk Asri Muda dan Hassan Adli (Timbalan Yang Dipertua Agung Pas ketika itu) semasa Pas menyertai BN.

“Datuk Asri diberi jawatan Menteri Tanah dan Galian. Ini bermakna beliau bertanggungjawab terhadap FELDA.

“Selepas beberapa bulan Pas menyertai BN, anggota UMNO Johor mengadu kepada Tun Razak bahawa Datuk Asri giat mempromosikan Pas di kalangan peserta FELDA. Saya berada di sisi Tun pada ketika itu,” katanya.

Katanya, secara kebetulan hampir semua peserta FELDA terdiri daripada penyokong kuat UMNO dan selepas Asri bertanggungjawab ke atas FELDA, hampir semua peserta FELDA menjadi penyokong kuat PAS dan menolak UMNO.

“Pada waktu itu timbul sengketa antara Asri sebagai ketua PAS dengan Mohd. Nasir yang sebagai Menteri Besar untuk menggantikan Asri. Mohd. Nasir mendakwa beliau telah mengesan banyak penyelewengan yang dilakukan oleh Asri semasa menjadi Menteri Besar Kelantan,” katanya.

Dr Mahathir berkata, Asri cuba menyingkirkan Mohd. Nasir melalui undi tidak percaya dan Mohd. Nasir enggan meletak jawatan walaupun kalah.

Katanya, ramai anggota Pas memihak kepada Mohd. Nasir dan mereka mengadakan tunjuk perasaan secara besar-besaran menentang Asri.

“Kerana PAS berpecah, kerajaan BN Kelantan tidak dapat berfungsi. Darurat terpaksa diisytihar dan seorang pegawai kanan dilantik untuk memangku jawatan Ketua Pentadbir Kelantan.

“Pada Mac 1978 pilihan raya peringkat negeri diadakan di Kelantan. Mohd. Nasir menubuhkan parti Berjasa yang bertanding melawan Pas. Sokongan kepada Berjasa begitu kuat sehingga ia memenangi 11 kerusi. Pas memenangi hanya dua kerusi,” katanya.

Katanya, walau apapun yang terjadi dahulu, umat Islam disuruh oleh agama supaya menyambut seruan kedamaian daripada musuh jika seruan dibuat supaya berdamai.

Katanya, umat Islam disuruh bersatu padu dan menganggap semua umat Islam sebagai saudara.
“Penolakan perpaduan sesama orang Islam tidak menepati ajaran Islam. Janganlah orang Islam menolak usaha menyatu padu untuk memperkuatkan orang Islam dengan membuat tuduhan yang tidak berasas,” katanya. — BERNAMA

Tuesday, January 29, 2013

Pakat tolak Hari Valentine

JAKIM DAN NGO LANCAR KEMPEN JERAT VALENTINE"S DAY SABTU INI

PUTRAJAYA - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan turun padang bersama kira-kira 250 sukarelawan dari pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi menjayakan Kempen Jerat Valentine Day di sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Bukit Bintang dan Masjid India, Sabtu ini (2 Februari).
Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha berkata, program itu bertujuan mendedahkan sukarelawan kepada aktiviti bersemuka dengan masyarakat dalam membina kesedaran bagi membanteras gejala sosial.

Menurutnya cara ini dapat membina keyakinan, keberanian, daya bertindak serta kesepaduan gerak kerja kalangan sukarelawan, membanteras gejala sosial di samping membina kemahiran berkomunikasi dan interaksi mereka dengan kumpulan sasar.
Dalam satu kenyataan beliau berkata, muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam pada 2005 memutuskan bahawa roh perayaan Valentine"s Day mempunyai unsur Kristian, dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Katanya, menjelang hari yang disebut Velentine"s Day, pastinya gejala maksiat dan zina menjadi-jadi terutama di kalangan remaja dan belia sekitar pusat bandar raya.

"Banyak usaha digerakkan pelbagai pihak (bagi membanterasnya), namun masih memerlukan komitmen bersepadu semua pihak supaya membuahkan hasil yang benar-benar memberi kesan kepada perubahan dalam masyarakat, khususnya golongan remaja dan belia," katanya.
Othman berkata pelbagai bentuk aktiviti program akan dilaksanakan di majlis itu seperti sesi pertemuan dengan kelompok remaja, pengusaha hotel, agihan risalah kempen, sesi kaunseling serta khidmat nasihat dan taklimat menerusi pendekatan dakwah.
Beliau berkata antara NGO terlibat ialah Persatuan Ulama Malaysia Wilayah Persekutuan, Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia, Angkatan Belia Islam Malaysia, Sekretariat Pemuda Masjid, Jemaah Islah Malaysia, IKRAM dan Nisa" Wilayah, yang akan menyasarkan golongan remaja Islam, ibu bapa dan masyarakat sekitar untuk memberi kesedaran peri pentingnya tidak merayakan Valentine"s Day.

"Kempen kesedaran ini akan diteruskan lagi dengan pelancaran kempen Mahasiswa Menolak Valentine"s Day di Universiti Sains Islam Malaysia pada 3 Feb ini," katanya. - BERNAMA

Wednesday, January 9, 2013

Ajaibnya ciptaan Allah


Subhanallah, 10 Keajaiban yang terdapat dalam tubuh Manusia

1. Manusia kehilangan 45-60 helai rambut setiap hari, tetapi kerana manusia memiliki 125.000 helai rambut baru setiap hari kita sebagai manusia tidak menyedari hal tersebut.

2. Otak manusia mempunyai 10 bilion sel saraf, yang mempunyai kemampuan merakam lebih dari 86 juta bit maklumat (lebih kurang 11juta huruf) / perhari atau jika dikalkulasikan memori manusia selama hidupnya mencapai 100 trilion bit maklumat (sekitar 12,5 trilion huruf) Amazing!

3. Sel darah merah di dalam manusia yg mempunyai masa hidup sekitar 4 bulan menempuh perjalanan sekitar 1.600 km di dalam tubuh kita selama masa hidupnya

4. Rangkaian saraf otak manusia yang kini baru sebahagian dipetakan oleh ahli saraf, mempunyai daya kompleks 1400 kali lebih kompleks jika dibandingkan dengan rangkaian telefon saat ini

5. Setiap inci persegi tubuh manusia dihuni rata-rata 32 juta bakteria sehingga bakteria yang ada di seluruh tubuh manusia mencapai 100 bilion bakteria atau 20 kali ganda berbanding dengan jumlah populasi manusia saat ini.

6. Jantung setiap hari menghabiskan tenaga yang besarnya cukup untuk mengangkat beban seberat hampir 1 tan ke ketinggian 13 meter. Maka sebagai contoh, jantung manusia yang telah berumur 50 tahun telah melakukan kerja yang sama dengan mengangkat beban 18.000 tan ke ketinggian 230 km atau boleh dikatakan berat itu sendiri beberapa kali lebih berat berbanding muatan terberat yang pernah ditempatkan di orbit bumi, Subhanallah

7. Pada saat anda berbaring tubuh anda menuntut agar anda menghirup udara sekitar 8 quart (1 quart = 0,9463 Liter) tiap minit. Jika anda bangun dari tidur (sit-up) = 16 quart, berjalan 24 quart, berlari 50 quart. Bayangkan berapa liter banyaknya oksigen yang telah kita hirup setiap hari, bagaimana jika seluruh penduduk dunia? Bagaimana jika dijual? Subhanallah

8. Pada saat ini juga di otak anda setiap detiknya masa kira-kira 100,000 reaksi kimia yang berlainan.

9. Impuls saraf dari saraf ke saraf di dalam otak berkelajuan sampai 400km/jam

10. Jika manusia melakukan aktiviti hubungan badan, setiap pasangan jika ditukar ke dalam tenaga elektrik dapat membangkitkan tenaga tidak kurang dari 3.000 watt yang cukup untuk menyalakan televisyen, peti sejuk, penghawa dingin dan elektronik yang lain.

- sumber dari Buku Pintar karangan H.m. Iwan GayoSort

Nuffnang Ads

Monday, December 31, 2012

Melayu kelas 3


Berikut adalah petikan sebahagian tulisan Datuk A. Kadir Jasin dalam Malaysian Insider

Bumiputera warga ekonomi kelas tiga
Kalau diukur mengikut pekali Gini (Gini coefficient), orang Cina dan India secara purata makin jauh meninggalkan Bumiputera dari segi pendapatan.
Saya tidak menolak ada orang Cina dan India miskin, tetapi bilangan mereka jauh lebih kecil daripada Bumiputera. Dalam konteks ekonomi, Bumiputera sudah menjadi rakyat kelas ketiga selepas orang Cina dan India.
Kerana ekonomi negara kini tidak berkembang sepesat tempoh DEB Baru dan dasar pembahagian kekayaan melalui pembasmian kemiskinan serta penyusunan semula masyarakat tidak lagi diamalkan dengan serius malah sudah diganti dengan keterangkuman dan meritokrasi, maka kesan lelehan (trickle-down effect) semakin perlahan.
Manifestasi kemunduran ekonomi Bumiputera ini boleh dilihat di mana-mana saja. Beberapa hari lalu, ketika bersarapan di sebuah kedai India bukan Islam, saya ternampak sekeluarga India (yang tentunya kaya) masuk dengan diiringi seorang pengawal keselamatan Melayu berpakaian seragam biru.
Kasihan pula melihat dia berdiri terpacak di belakang majikannya sepanjang mereka bersarapan. Tetapi apa nak buat, itu cara dia mencari rezeki halal dan itulah agaknya yang diperintahkan oleh majikannya.
Boleh kata semua orang India dan Cina kaya yang ada pesaing perniagaan dan takut diculik, apatah lagi yang ada musuh akan mengambil orang Melayu, khususnya bekas anggota Unit Tindakan Khas polis sebagai pengawal peribadi.
Ada sesetengahnya sampai berbelas-belas orang. Apabila mereka ke mana-mana, mereka akan bergerak dalam konvoi tiga atau empat buah kereta. Cermin kereta mereka tentulah gelap gelemat. Kadang-kadang mereka tidak pun ada di dalam kenderaan. Sekadar helah mengelak daripada ancaman..... (31 Disember 2012)

Tatacara menghias rumah


Di bawah ini saya kongsikan untuk tatapan bersama bahan bacaan yang saya petik dpd:- mirlme.com

Rumah adalah tempat perlindungan dan beristirahat. Pastinya setiap orang inginkan ketenangan setiap kali berada di rumah.
Dalam mencari ketenangan, tentu sahaja kita memerlukan rumah yang bersih tanpa wujudnya barang-barang yang boleh mendatangkan kemusyrikan kepada kita.
Rasulullah SAW bersabda:
“Empat perkara yang membawa kebahagian iaitu Isteri Solehah, Tempat tinggal yang luas, jiran yang baik dan Kenderaan yang selesa” – (Ibnu Hibban)
Manakala Allah SWT berfirman:
“Allah menjadikan untuk kamu rumah-rumah kamu sebagai tempat yang menyenangkan” – (Surah an-Nahl : 80)
Oleh itu, dalam menghias rumah, tidak harus wujudnya unsur-unsur berbentuk syirik seperti patung.
Ethnic-living-room-with-statue
Ini kerana, dlm mencari ketenangan, kita juga mengharapkan supaya Malaikat Rahmat masuk ke dalam rumah, kerana malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang mengandungi patung.
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya Malaikat tidak akan masuk ke rumah yang di dalamnya ada patung” – (Bukhari dan Muslim)
Begitu juga dengan rumah-rumah yang dihiasi dengan gambar yang berbentuk lucah, wanita tidak berpakaian dan seumpamanaya.
Kadang kala, terdapat rumah yang mempunyai kawasan yang luas dan pada zahirnya kelihatan tenang dan cantik tetapi malangnya tidak dimasuki Malaikat sebab wujudnya gambar-gambar berunsur kemaksiatan, patung-patung hiasan dan seumpamanya.
Cacatkan Angota Patung
bella_living_room_350x250_14054
Sekiranya terdapat perhiasan berbentuk patung di dalam rumah, maka hendaklah dicacatkan anggotanya seperti patahkan kepala patung tersebut atau yang sewaktu dengannya.
Ini berdasarkan sebuah hadis yang menceritakan tentang keengganan Jibrail a.s memasuki rumah Rasulullah SAW kerana di pintu rumahnya ada sebuah patung. Hari berikutnya pun Jibrail masih tidak mahu masuk, sehingga dia mengatakan kepada Nabi Muhammad:
“Perintahkanlah supaya memotong kepala patung itu. Maka dipotonglah ia sehingga keadaannya menjadi seperti sepohon pokok” – (Riwayat Abu Daud, Nasai dan Termizi dan Ibnu Hibban)
Dengan kecacatan tersebut, tiada kemungkinan patung itu akan diagung-agungkan.
Bagaimanapun, patung-patung permainan yang digunakan oleh anak-anak perempuan dibolehkan dalam Islam kerana permainan sebegini ini sekurang-kurangnya boleh mengajar anak-anak untuk masa akan datang cara mendidik anak-anak mereka.
Perhiasan Yang Di Benarkan dan Yang Tidak Di Benarkan Dalam Islam
al_01.3
Menyentuh isu perhiasan yang dibolehkan dalam Islam, adalah seperti ayat-ayat suci al-Quran, pokok, gambar pemandangan dan benda yang tidak bernyawa. Tidak salah dalam Islam membuat perhiasan daripada gambar berbentuk pemandangan laut, perkampungan, pohon di hutan, sungai dan sebagainya yang selari dengannya.
Cuma, yang tidak dibenarkan oleh Islam antaranya ialah gambar-gambar artis yg memperagakan auratnya untuk tatapan umum atau gambar Orang Kafir (orang bukan Islam) yang melakukan musyrik terhadap Allah SWT.
0085205
Islam tidak menggalakkan gambar-gambar seperti ini kerana ia melambangkan keagungan atau timbul perasaan memuja mereka.
Menggantungkan gambar-gambar Orang Alim dibenarkan sebab ia dilihat dari sudut ketokohan dan kelebihan ilmunya dan Islam juga mengharuskan gambar sebegini untuk dijadikan contoh.
Begitu juga dengan gambar-gambar keluarga atau haiwan yang diambil secara fotografi dibenarkan kerana boleh menjdi kenangan.
Seksaan Pada Hari Kiamat
Islam melarang perhiasan pinggan mangkuk yg diperbuat dari emas dan perak kerana bilamana adanya perhiasan sebegini di rumah, kemungkinan besar akan menimbulkan perasaan atau sifat sombong, riak dan ingin menunjuk-nunjuk kemewahan yang ada padanya.
IMG_0146
Larangan ini adalah untuk menjaga hati fakir miskin supaya tidak merasa rendah diri atau wujudnya perbezaan atau jurang yang berlebihan antara golongan kaya dan miskin.
Manakala bekas-bekas acuan kuih-muih yang berbentuk haiwan, ia dibolehkan kerana acuan-acuan ini akan dibuat dalam bentuk makanan yang akhirnya akan dimakan, tidak disimpan dan tidak kekal maka ia dibolehkan.
Begitu juga halnya dengan permaidani yang ada gambar binatang, tidak haram diletakan di dalam rumah sebab ia diletakkan di dalam kedudukan rendah. Permaidani akan dipijak dan ia akan tidak membayangkan ia diagungkan.
Islam juga mengingatkan, orang yang mengukir dan memahat patung akan menerima azab yang dahsyat pada hari kiamat.
Modern-Art-Deco-Style-for-living-room-pictures-2
Sabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya orang yang paling berat seksaannya pada hari kiamat ialah orang yang membuat ukiran atau memahat patung ini. Dalam satu riwayat lain diterangkan: Orang yang menandingi kuasa ciptaan Allah”. – (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis lain.
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesiapa yang membuat patung, pada hari kiamat nanti dia akan dipaksa untuk meniupkan roh pada patungnya itu, pada hal dia selamanya tidak dapat meniupkan roh itu”. – (Riwayat Bukhari)
Maksud hadis ini ialah, Allah SWT akan menyuruh orang yang membuat patung itu meniup roh sehingga boleh dan ini tentu sahaja merupakan satu seksaan dan penghinaan kerana bukan kerja manusia meniupkan roh.
Sumber: http://mirlme.com

Sunday, November 4, 2012

Masya-Allah....

Ramai dalam kalangan kita salah sebutan semasa mengunkap kata-kata Masya-Allah dan Astaghfirullahhal’azim. Harap selepas ini kita sama-sama perbetulkan apa yang kurang tepat.

Saya terpanggil untuk menulis sedikit tentang perkara ini yang pada kebelakangan ini terlalu banyak digunakan salah pada tempatnya terutamanya di dalam cerita-cerita/drama-drama di dalam TV dan juga di dalam kehidupan seharian. Mari kita memahami maksud-maksud ayat di bawah:
  • Masya-Allah – Allah Maha Agung
  • Astaghfirullahhal’azim – Aku memohon keampunan Allah
  • Subhan-Allah – Maha Suci Allah
  • Nauzubillah – Kami memohon perlindungan Allah
 Jadi penggunaan “Masya-Allah” ketika berhadapan dengan situasi yang tidak elok adalah salah dan tidak diajarkan. Yang patut kita lafazkan ialah “Astagfirrullahhalazim” ataupun “Innalillah” (Kepada Allah kita kembali) ataupun “Nauzubillah”.

Kebanyakkan yang saya perhatikan, menggunakan “Masya-Allah” ketika terlihat perkara-perkara maksiat terutamanya wanita-wanita yang tidak menutup aurat. Ini banyak berlaku di dalam TV. Sepatutnya, kita beristighfar (memohon keampunan Allah) "Astagfirrullahhalazim"  iaitu apabila melihat perkara-perkara yang di tegah Allah.
 
Sementara Masya-Allah wajar disebut semasa kita menemui, melihat atau mendengar sesuatu yang luar biasa dan hebat kerana sesungguhnya apa yang hebat itu hanya datang daripada Allah dan bukan makhluk ciptaan-Nya.
 
Jika kita melalui/melihat sesuatu perkara yang menggembirakan kita ataupun perkara-perkara yang hebat lagi ajaib, maka sebutlah “Subhan-Allah”.
 
Wallahulam.
 

Wednesday, September 26, 2012

Tidak perlu makanan tambahan - pakar

MAKANAN tambahan adalah tidak digalakkan terutamanya bagi kanak-kanak, kata Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia (PPM), Dr Tee E Siong.

Beliau yang merupakan pakar perunding pemakanan nutrisi berkata, tiada bukti yang menyatakan bahawa tubuh kanak-kanak memerlukan lebih nutrisi daripada makanan tambahan, ia sudah cukup dengan menyediakan nutrisi pemakanan yang seimbang. 

"Ibu bapa tidak sedar dengan memberi makanan tambahan secara berlebihan boleh menyebabkan toksik berkumpul di dalam hati,” katanya ketika ditemui selepas seminar mengenai pengambilan makanan untuk kanak-kanak di sini hari ini.


Katanya, kebanyakan ibu bapa masih keliru dengan keperluan tubuh badan anak-anak hingga beranggapan bahawa dengan memberi makanan tambahan boleh membuatkan anak mereka lebih cergas dan cerdas. 


Seminar tersebut adalah bagi membincangkan hasil kajian mengenai pemakanan kanak-kanak oleh para penyelidik dari Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Danone Dumex (Malaysia) Sdn Bhd. 

Menurut Dr Tee, tidak salah memberikan makanan tambahan kepada anak-anak tetapi adalah tidak betul apabila ibu bapa menganggap makanan tambahan bagus untuk menggantikan sarapan dan makan tengah hari anak mereka. 


"Ia adalah satu tabiat yang tidak baik untuk tumbesaran kanak-kanak, dan jika mereka boleh berlari dengan cergas, mengapa perlu mereka diberikan makanan tambahan,” katanya. - Bernama